Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Cawangan Johor Kampus Segamat

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2022) Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI) Cawangan Johor Kampus Segamat. pp. 1-6.
Abstract

Satu lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke PTDI telah diadakan pada 4 September 2022 (Ahad) yang diiringi oleh Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan (Ketua Timbalan Pustakawan). Turut dihadiri barisan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Pemangku Rektor iaitu Prof. Madya Dr. Akmal Aini binti Othman. Terima kasih diucapkan di atas sambutan dan komitmen yang diberikan oleh pengurusan kampus dalam memainkan peranan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga kampus. Lawatan ini disusuli dengan perjumpaan dan taklimat bersama staf PTDI mengenai halatuju dan perubahan yang perlu dilakukan oleh warga Perpustakaan UiTM dalam mencapai GRU2025 UiTM. Di samping itu juga, Ketua Pustakawan berkesempatan melawat pameran Mahkota Jauhar Junjungan Negeri Johor yang diadakan di sana. Di sebelah petang, sesi bersama Ts. Hj. Azizi bin Hj. Jantan telah diadakan bagi menerangkan yang lebih lanjut mengenai kepentingan halatuju GRU2025 Perpustakaan UiTM supaya staf dapat memahami aspirasi dan perubahan yang akan berlaku menjelang GRU 2025 Perpustakaan UiTM.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147282.pdf]
Text
147282.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics