6 November 2022 (Ahad), Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah melawat ke Perpustakaan Sultan Badlishah (PSB), Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani bagi meneruskan lawatan kerja beliau di sana dengan diringi oleh Encik Ahamad Zuber bin Mohamed (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan). Ketibaan mereka disambut baik oleh staf perpustakaan bersama-sama Ketua Perpustakaan Cawangan, Puan Azizah binti Khasim. Ucapan aluan dari Puan Atirah binti Ruslan (Pustakawan Kanan) wakil bagi PSB. Sesi lawatan ini diteruskan dengan ucapan dan taklimat Ketua Pustakawan UiTM kepada staf PSB dimana sesi ini beliau membuka ruang dan peluang kepada staf perpustakaan untuk mengajukan soalan, bertukar pandangan dan cadangan serta mendapatkan input-input dari mereka. Beliau juga telah berkongsi halatuju perpustakaan menjelang GRU2025. Perpustakaan harus seiring dengan universiti bagi meningkatkan ketampakan di peringkat global.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-7 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Lawatan, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 8 November 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147261 |
147261.pdf
