Parameter Syariah dalam pengambilan tanah wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan kerangka Maqasid Syariah tadbir urus

Mat Rani, Mohd Afandi (2026) Parameter Syariah dalam pengambilan tanah wakaf oleh Pihak Berkuasa Negeri berdasarkan kerangka Maqasid Syariah tadbir urus. Penerbit UiTM (UiTM Press), Shah Alam. ISBN 978-629-496-202-6
Abstract

Penyelidikan ini mengkaji isu pengambilan tanah wakaf yang merupakan persoalan kontemporari mencabar dalam landskap perundangan Islam dan pentadbiran awam. Isu ini bukan sekadar persoalan teknikal undang-undang tanah, malah menyentuh prinsip asas amanah pewakaf, kedudukan harta wakaf sebagai milik Allah, serta keutamaan maslahah umum. Dalam konteks pembangunan di Malaysia, keperluan tanah untuk infrastruktur awam sering meletakkan tanah wakaf terhimpit antara tuntutan pembangunan dan hukum syarak. Justeru, kajian ini menganalisis parameter syariah berdasarkan kerangka maqasid syariah tadbir urus bagi memastikan proses pengambilan tanah wakaf dilaksanakan secara adil, patuh syariah, dan memelihara keutamaan harta wakaf

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147256.PDF]
Text
147256.PDF
Download (1MB)
Indexing & Metrics