Harumanis merupakan varieti mangga terunggul yang banyak ditanam di Perlis. Rasa manisnya yang enak serta aroma harumnya menjadikan buah ini sangat digemari di Malaysia, sehingga digelar "Raja Mangga". Walau bagaimanapun, pokok mangga Harumanis sering terdedah kepada serangan perosak dan penyakit pada pelbagai peringkat pertumbuhan. Pengurusan efektif terhadap perosak, penyakit, dan rumpai amat penting bagi memastikan pengeluaran buah berkualiti serta mampan. Para penanam Harumanis perlu menggabungkan pelbagai kaedah kawalan perosak, penyakit dan rumpai, serta merancang strategi pengurusan secara bijak. Pendekatan ini dikenali sebagai pengurusan bersepadu tanaman Harumanis, dan telah disyorkan serta diamalkan oleh para pekebun mangga Harumanis
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Chuah, Tse Seng UNSPECIFIED Hashim, Nur Aida UNSPECIFIED Basari, Norasmah UNSPECIFIED Sidique, Siti Nordahliawate UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press) |
| Keywords: | Makhluk perosak, Mangga Harumanis, Pengurusan perosak |
| Date: | 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/147252 |
147252.pdf
