Menjejak langkah murni, menyemarak ilmu: perasmian ETIQA-AKZA Corner di PTDI, UiTM Johor

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2025) Menjejak langkah murni, menyemarak ilmu: perasmian ETIQA-AKZA Corner di PTDI, UiTM Johor. pp. 1-2.
Abstract

Majlis perasmian ETIQA-AKZA Corner di Perpustakaan Tun Dr. Ismail (PTDI), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Penubuhan sudut khas ini mewakili satu inisiatif strategik dan kolaborasi murni antara pihak universiti dengan rakan korporat dalam usaha memperkasakan prasarana serta ekosistem pembelajaran mahasiswa. ETIQA-AKZA Corner direka khas untuk menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif, moden, dan berteknologi tinggi, sekali gus menyokong pembudayaan ilmu serta literasi maklumat dalam kalangan warga kampus. Pelaksanaan projek ini bukan sahaja memperkukuh hubungan sinergi antara sektor korporat dan institusi pendidikan tinggi melalui sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR), malah berfungsi sebagai pemangkin kepada peningkatkan mutu perkhidmatan perpustakaan akademik dalam memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147211.pdf]
Text
147211.pdf
Download (991kB)
Indexing & Metrics