Merancang laluan PhD: panduan awal permohonan biasiswa SLAB/SLAI

Shuid, Siti Hawa (2026) Merancang laluan PhD: panduan awal permohonan biasiswa SLAB/SLAI. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.
Abstract

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menawarkan tajaan biasiswa Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) dan Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) bagi staf akademik yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran (PhD), sarjana kepakaran, subkepakaran, dan pasca kedoktoran di dalam atau luar negara, di mana permohonannya dibuka sekitar awal Februari setiap tahun melalui e-mel daripada Bahagian Kemajuan Kerjaya UiTM Shah Alam. Bagi permohonan tahun 2026, terdapat dua perubahan penting dalam syarat kelayakan, iaitu pemohon peringkat PhD diwajibkan mempunyai bakal penyelia sekurang-kurangnya berjawatan Profesor Madya dan had umur maksimum permohonan PhD telah dilanjutkan daripada 43 tahun kepada 45 tahun.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 147083.pdf]
Text
147083.pdf
Download (578kB)
Indexing & Metrics