Tahap pembudayaan ICT (Information & Communication Technology) di kalangan pensyarah UiTM Pulau Pinang dan UiTM Perlis / Koni Md Taha, Tengku Muhaini Tuan Mat and Hasfazilah Ahmat

Md Taha, Koni and Tuan Mat, Tengku Muhaini and Ahmat, Hasfazilah (2006) Tahap pembudayaan ICT (Information & Communication Technology) di kalangan pensyarah UiTM Pulau Pinang dan UiTM Perlis / Koni Md Taha, Tengku Muhaini Tuan Mat and Hasfazilah Ahmat. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan wadah baru masyarakat hari ini dimana semua insan terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Adalah menjadi kewajipan untuk setiap tenaga pengajar di universiti untuk membudayakan penggunaan ICT supaya budaya ICT itu akan menjadi komponen lazim dalam kehidupan bagi melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berfikiran secara global. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pembudayaan ICT di kalangan pensyarah UiTM Pulau Pinang dan UiTM Perlis, persepsi pensyarah mengenai penggunaan ICT, tahap pengetahuan dan kemahiran ICT pensyarah, kekerapan penggunaan peralatan ICT serta halangan kepada penggunaan ICT. Kajian ini juga cuba mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara tahap pembudayaan ICT dengan tahap pengetahuan dan kemahiran ICT pensyarah dan hubungan di antara tahap pembudayaan ICT dengan halangan kepada penggunaan ICT. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis menggunakan nilai kekerapan, peratusan, min, ujian-t dan ujian Chi-Square. Dapatan kajian menunjukkan tahap pembudayaan ICT di kalangan pensyarah di UiTM Pulau
Pinang dan UiTM Perlis masih di tahap sederhana. Ini dikenal pasti berpunca daripada tahap pengetahuan dan kemahiran ICT pensyarah yang sederhana, kekurangan alat bantu mengajar, kursus dan bengkel ICT yang tidak mencukupi dan kurangnya sokongan teknikal untuk membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Taha, Koni
UNSPECIFIED
Tuan Mat, Tengku Muhaini
UNSPECIFIED
Ahmat, Hasfazilah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: ICT; Lecturer; UiTM
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1470
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_KONI_MD_TAHA_06_24.pdf] Text
LP_KONI_MD_TAHA_06_24.pdf

Download (27kB)

Fulltext

Fulltext is available at:

ID Number

1470

Indexing

|

Statistic

Statistic details