Prosedur dan kaedah pengendalian kes perceraian di Mahkamah Syariah Perlis / Che Latifah Hj. Ismail

Ismail, Che Latifah (2005) Prosedur dan kaedah pengendalian kes perceraian di Mahkamah Syariah Perlis / Che Latifah Hj. Ismail. Jurnal Intelek, 3 (1). pp. 95-105. ISSN 1675-9885

Abstract

Perceraian menurut syariat Islam boleh berlaku melalui beberapa cara dengan syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu. Setiap perceraian di Malaysia mestilah didaftarkan mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam Negeri masing-masing. Tulisan ini berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Mahkamah Syariah Negeri Perlis bagi meninjau jumlah dan jenis-jenis kes perceraian serta prosedur
pengendalian yang dilakukan dari tahun 1996 hingga 2000. Hasil kajian ini terdapat beberapa jenis perceraian yang telah dikendalikan oleh Mahkamah Syariah Perlis, iaitu kes Fasakh, Cerai, Tebus Talak (Khulu') dan Batal Nikah. Kajian ini juga telah mengenal pasti beberapa prosedur yang perlu
dipatuhi termasuk prosedur Tuntutan dan Pembelaan, Prosedur Perbicaraan Kes dan Prosedur Rayuan yang telah ditetapkan oleh Enakmen. Selain itu, beberapa kaedah telah digunakan untuk pengendalian kes perceraian iaitu melalui kaedah penyiasatan, runding damai (Sulh), membentuk Jawatankuasa
Pendamai, melalui kaedah timbang tara (Hakam) dan perbicaraan di mahkamah. Kaedah-kaedah ini dilaksanakan berdasarkan kesesuaian kes yang didaftarkan. Bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang menghalang kelancaran pengendalian kes ini. Pihak mahkamah juga menghadapi masalah kekurangan kakitangan dan dewan perbicaraan yang
menyebabkan perancangan masa perbicaraan kes tidak dapat disempurnakan mengikut masa yang telah ditetapkan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memantapkan lagi pengendalian kes di Mahkamah Syariah Perlis khasnya, dan Mahkamah Syariah di Malaysia keseluruhannya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Che Latifah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Divorce > The state and divorce > Malaysia
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus > Unit of Research, Development and Commercialization (URDC)
Journal or Publication Title: Jurnal Intelek
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Intelek (JI)
ISSN: 1675-9885
Volume: 3
Number: 1
Page Range: pp. 95-105
Keywords: Pengendalian kes perceraian; Mahkamah Syariah Perlis, Malaysia; Enakmen Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14690
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_CHE LATIFAH HJ. ISMAIL JI 05.pdf] Text
AJ_CHE LATIFAH HJ. ISMAIL JI 05.pdf

Download (24MB)

ID Number

14690

Indexing

Statistic

Statistic details