Pada 6 Januari 2023 (Jumaat), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM diteruskan ke PTAR Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman turut diiringi oleh Dr. Hjh. Zalifah binti Awang Zakaria, Timbalan Ketua Pustakawan dan Dr. Hjh. Adlina binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan. Sesi bergambar dan mendatangani buku pelawat turut diadakan sebagai kenangan. Lawatan kerja ini telah disambut oleh staf perpustakaan di sana yang diketuai oleh Puan Hayati Mokhtaram, Ketua Perpustakaan Cawangan Pulau Pinang. Ucapan aluan telah disempurnakan oleh Puan Hayati Mokhtaram dan seterusnya sesi bersama Ketua Pustakawan UiTM bersama staf perpustakaan. Dalam sesi ini, Ketua Pustakawan UiTM menerangkan mengenai peranan PTAR ke arah Globally Renowned University (GRU2025) dan ke arah menjadikan PTAR sebagai perpustakaan terkemuka di dunia. Selain itu, sesi soal jawab bersama staf perpustakaan juga diadakan dengan mengambilkira pandangan, cadangan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Lawatan, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 9 January 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146839 |
146839.pdf
