Bacaan pantas, Jawi hebat: PTAR meriahkan Karnival KV Klang

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2026) Bacaan pantas, Jawi hebat: PTAR meriahkan Karnival KV Klang. pp. 1-5.
Abstract

11 Zulkaedah 1447H | 29 April 2026, Jemputan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA sebagai rakan strategik perpustakaan universiti sempena Karnival Ko Akademik, Pusat Sumber, STEM dan DELIMa di Kolej Vokasional Klang membuktikan peranan PTAR semakin melangkaui fungsi perpustakaan akademik universiti. PTAR kini terus bergerak ke hadapan sebagai rakan ilmu yang aktif menyantuni komuniti pendidikan, memperkasa literasi dan membawa pengalaman pembelajaran universiti lebih dekat kepada generasi muda. Melalui reruai PTAR, dua aktiviti interaktif utama telah mencuri perhatian pengunjung, iaitu Speed Reading Challenge bagi aktiviti Bacaan Pantas dan Jawi Challenge bagi segmen Koleksi Khas Jawi. Speed Reading Challenge menguji kepantasan bacaan, fokus dan kefahaman peserta dalam tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda, malah memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik membaca secara lebih cekap, berkesan dan menyeronokkan

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146797.pdf]
Text
146797.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics