Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2022) Lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM ke Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan. pp. 1-6.
Abstract

29 November 2022 (Selasa), lawatan kerja Ketua Pustakawan UiTM, Encik Jamalludin bin Hj. Sulaiman telah disambut meriah oleh seluruh staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan yang terletak di Machang. Turut mengiringi beliau adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan. Taklimat perpustakaan berkaitan pengurusan perpustakaan, pencapaian dan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2022 telah disampaikan oleh Puan Alina binti Hussein, Ketua Perpustakaan Cawangan UiTM Kelantan. Lawatan kerja Ketua Pustakawan dilengkapkan lagi dengan kunjungan hormat kepada Profesor Dr. Hj. Abdol Samad bin Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan dengan berkongsi pencapaian penggunaan sumber elektronik serta lain-lain perkara yang menjadi keutamaan perpustakaan. Maklum balas daripada rektor terhadap pencapaian Perpustakaan Tengku Anis amat memberangsangkan melalui kunjungan pelajar yang melebihi sasaran, aktif dalam pelaksanaan pelbagai program dan pencapaian dalam penglibatan di peringkat cawangan. Secara keseluruhan perpustakaan di mata rektor merupakan jabatan yang terbaik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146749.pdf]
Text
146749.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics