16 Januari 2025 | 16 Rejab 1446H Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam Alhamdullilah, Perpustakaan Tun Abdul Razak menerima Dana Tanggungjawab Sosial Korporat untuk Pembangunan Koleksi Jawi, Perpustakaan Tun Abdul Razak bernilai RM 20,000 sumbangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Majlis Perasmian Penutup Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh YB Menteri Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup pagi tadi. Rezeki sumbangan ini digunakan untuk menyediakan peralatan yang lebih sesuai untuk mempamerkan koleksi naskhah berharga terutama Jawi lama. Selain dalam bentuk fizikal, usaha Perpustakaan untuk memartabatkan Koleksi Jawi juga disediakan dalam bentuk digital untuk capaian lebih ramai kepada komuniti.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Perpustakaan Tun Abdul Razak, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Koleksi Khas Jawi UiTM |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | January 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146737 |
146737.pdf
