26 Mac 2025 | 25 Ramadan 1446H Perpustakaan Tun Abdul Razak berbesar hati menerima naskhah tersebut yang disampaikan oleh Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) sejurus tamat Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bidang Kerjasama MoU IIM-UiTM lewat petang tadi di Menara Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur. Tuan Haji Rahman yang juga merupakan alumni ITM menyerahkan naskhah tersebut untuk rujukan warga UiTM. Buku itu menghimpunkan 30 koleksi ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan integriti dan tatakelola yang baharu dilancarkan oleh Perdana Menteri di Angkasapuri pada 11 Mac 2025 baru-baru ini. Mesyuarat tersebut turut dihadiri barisan Pengurusan IIM manakala UiTM diwakili oleh Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Pusat Kokurikulum, Institut Kegiatan Pelajar, Unit Integriti, Perpustakaan Tun Abdul Razak dan Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA)
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Rahman bin Mohd Din, Institut Integriti Malaysia, Perpustakaan Tun Abdul Razak |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | March 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146732 |
146732.pdf
