19 Rabiulakhir 1446H | 22 Oktober 2024 - Alhamdullilah, meraikan kunjungan hormat lewat petang tadi bersama sahabat dari Fakulti Sains Gunaan, ChM. Dr. Mohd Sufri Mastuli (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar), ChM. Dr. Mohd Izwan Mohamad Yusof (Penyelaras HEP) dan saudara Encik Mohammad Norakmal Mohamad Ali (Pegawai Eksekutif). Turut mencipta sejarah kali pertama disertai 13 orang wakil-wakil dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF), Applied Science Youth Care Crew (ASYCC), Recretional & Sport Development Club (RESDEC), Entrepreneurial Society Applied Sciences (ESAS), Global Alliance and Mobility Association (GAAMA) dan Kelab Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKWA). Menyambut baik hasrat dari FSG untuk mendedahkan mahasiswa dengan fungsi rumah ilmu ini. Ternyata, ianya melebihi jangkauan mereka apabila mendengar dan melihat sendiri kelebihan pembudayaan ilmu kepada warga UiTM serta komuniti. Insya-Allah, akan disusuli dengan program kolaborasi bersama anak-anak muda ini sedikit masa lagi. Turut meraikan mereka melawat Koleksi Khas Jawi, Canselor UiTM dan Pemikir Melayu serta Ruang Media. Terima kasih atas kunjungan hormat ini dan kami pasti ianya berjaya membuka hati dan pandangan mereka. Insya-Allah.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-11 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Kunjungan Hormat, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 22 October 2024 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146689 |
146689.pdf
