Lawatan penandaaras Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam: menelusuri inovasi pendigitalan dan kecerdasan buatan

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2025) Lawatan penandaaras Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam: menelusuri inovasi pendigitalan dan kecerdasan buatan. pp. 1-6.
Abstract

Shah Alam, 18 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam telah menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada delegasi Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang diketuai oleh Puan Aimi Umaimah, Timbalan Ketua Pustakawan DBP. Lawatan ini turut disertai oleh seramai 22 orang pegawai dan staf PDM, dengan objektif untuk berkongsi ilmu serta meneroka strategi pendigitalan dan pembangunan sistem perpustakaan secara menyeluruh. Sesi dimulakan dengan ucapan oleh Ts. Haji Azizi bin Hj Jantan, Ketua Pustakawan UiTM, yang memperincikan halatuju strategik PTAR dalam mendepani cabaran masa hadapan melalui pendigitalan koleksi dan penerapan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Penekanan diberikan terhadap komitmen PTAR sebagai institusi maklumat yang proaktif dalam menyokong ekosistem ilmu digital universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146676.pdf]
Text
146676.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics