Kampus sementara di bandar Kuantan Pahang mula beroperasi pada bulan Januari 1985 di tiga kawasan, iaitu di Telok Sisek, Padang Lalang dan juga di Bukit Sekilau. Pada tahun 1986, kampus ini mempunyai seramai 1,143 orang pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Perakaunan, Pentadbiran Awam, Pengajian Perniagaan, Perbankan, Sains Komputer dan Stenografi. Tiga program baru turut diperkenalkan pada tahun yang sama ialah Diploma Pengurusan Ladang, Diploma Sains, dan Pra-Kejuruteraan. Ketika itu, terdapat 58 orang pelajar dan 53 orang pegawai pentadbiran di Kampus Cawangan ini. Kampus Jengka dibina melalui dua fasa iaitu yang pertama mampu memuatkan 2,500 orang pelajar dan fasa seterusnya yang lengkap dengan kemudahan infrastruktur mampu menempatkan 4,500 orang pelajar. Pembahagian kawasan tersebut adalah mengikut nisbah 60:40 iaitu 40% daripada kawasan tanah tersebut dijadikan kawasan untuk dibangunkan manakala 60% lagi dijadikan kawasan tujuan pertanian
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang, Memori Korporat, Universiti Teknologi MARA |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | January 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146645 |
146645.pdf
