SHAH ALAM - Dalam usaha terus memperkasa perkhidmatan akademik dan ruang pembelajaran moden, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam telah mengadakan satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke Taylor’s University Library. Lawatan ini bertujuan untuk melihat secara dekat amalan terbaik (best practices) pengurusan perpustakaan, terutamanya dalam aspek transformasi digital dan pengalaman pengguna yang dilaksanakan di Taylor’s University. Delegasi PTAR kali ini diketuai oleh Tuan Haji Ahamad Zuber bin Mohamed, Pengarah Perkhidmatan Perpustakaan, bersama 15 orang wakil PTAR. Ketibaan delegasi UiTM telah disambut mesra oleh Puan Leenawati Razali, Ketua Pustakawan Taylor’s University Library, bersama enam orang warga kerja Taylor’s Library.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | Blog PTAR, Lawatan, Kampus Shah Alam |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | 23 July 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146641 |
146641.pdf
