1MVT merupakan aktronim bagi “1 Minutes Vertebrates Test” merupakan satu inovasi yang dicipta untuk memudahkan murid mengenal pasti kumpulan haiwan vertebrata yang betul. Inovasi ini dicipta berpunca daripada kegagalan murid tahun 4 untuk melakukan pengkelasan haiwan vertebrata yang betul walaupun mereka telahpun menguasai ciri-ciri haiwan. Hal ini kerana perlunya ada turutan keutamaan yang perlu diikuti untuk dapat membuat pengkelasan dengan betul dan berkesan. Mengajukan permasalahan ini kepada guru sekolah menengah kerana sukatan yang sama di tingkatan 2, alangkah terkejutnya apabila mereka juga mengatakan perkara yang sama turut terjadi kepada pelajar mereka. Saya mendapati, Murid amat keliru dan sukar untuk mengenal pasti manakah ciri haiwan yang perlu diutamakan terlebih dahulu, dan seterusnya bagaimana mereka dapat mengasingkannya dalam kumpulan vertebrata yang betul berdasarkan maklumat itu. Tanpa kemahiran mengelas yang betul, murid akan sukar untuk mengenal pasti kumpulan haiwan tersebut sama ada mamalia, reptilia, amfibia, burung atau ikan. Kegagalan mengenal pasti kumpulan itu akan menyebabkan objektif pembelajaran tidak tercapai dan boleh menyebabkan kesalahan konsep yang berterusan. Inovasi 1MVT merupakan satu carta alir yang akan memandu pemikiran murid untuk mengelaskan vertebrata dengan betul. Carta alir ini hanya dalam sehelai kertas. Malah, ia juga terdapat dalam QR Code dan link untuk memudahkan ianya diaplikasikan menggunakan teknologi terkini yang lebih cepat dan pantas. Hal ini menunjukkan pendigitalan pedagogi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), serta penilaian pentaksiran dimensi baru yang lebih menarik dan mudah diaplikasikan.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zainal Abidin, Zainudin dinhujan69edu@gmail.com |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Elementary or public school education. Elementary school teaching Q Science > QL Zoology > Chordates. Vertebrates |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
| Journal or Publication Title: | APS Proceedings |
| ISSN: | 003428568-X |
| Volume: | 7 |
| Number: | 1 |
| Page Range: | pp. 19-25 |
| Keywords: | Educational technology, Science, Vertebrates |
| Date: | 1 August 2023 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146623 |
146623.pdf
