Lawatan penandaarasan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak ke PTAR

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2015) Lawatan penandaarasan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak ke PTAR. pp. 1-8.
Abstract

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam pada hari Selasa bersamaan 18 Ogos 2015. Lawatan yang dihadiri oleh pustakawan dari Bahagian Perkhidmatan Informasi, UIAM ini bermula seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Bertempat di Bilik Mesyuarat PTAR, Pn. Asmah Maarof selaku Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik telah memberikan penerangan dan taklimat bagi tujuan tersebut. Lawatan yang diwakili oleh 10 orang pegawai perpustakaan UIA ini adalah bertujuan untuk mempelajari dan berkongsi maklumat tentang sistem eborang dan juga "Chat with Librarian" di dalam merekodkan pertanyaan rujukan harian yang dikendalikan di Perpustakaan UiTM. Selain daripada itu delegasi ini juga telah mengadakan lawatan singkat ke seluruh bahagian di PTAR.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146558.pdf]
Text
146558.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics