Lawatan rasmi Ketua Pustakawan ke Perpustakaan Al-Bukhari

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2016) Lawatan rasmi Ketua Pustakawan ke Perpustakaan Al-Bukhari. pp. 1-16.
Abstract

Ketua Pustakawan UiTM, En. Noor Hidayat Adnan dan diiringi oleh En. Ariffin Jamaludin, Ketua Jabatan Arkib Universiti, telah membuat lawatan kerja rasmi ke Perpustakaan Al-Bukhari, UiTM Pahang dan Perpustakaan UiTM Kampus Raub pada 21 - 22 Mac 2016 yang lepas. Siri lawatan kerja ini akan diadakan sepanjang 2016 ke seluruh sistem Perpustakaan UiTM yang telah bermula dengan Perpustakaan UiTM Kampus Dengkil pada 22 Februari 2016 yang lepas. Penerangan mengenai perkembangan serta pencapaian perpustakaan telah pun disampaikan oleh Pn. Rosnita bt. Ja’afar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Cawangan Pahang. Di kesempatan lawatan ini juga, warga staf perpustakaan telah pun diberikan taklimat mengenai hala tuju perpustakaan serta staf sentiasa diingatkan supaya menjaga integriti serta ketanggungjawaban dalam menjalankan tugas. Lawatan kerja sehari ini telah pun berakhir pada jam 5 petang.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146556.pdf]
Text
146556.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics