Sharia_Must: aplikasi audit kendiri produk emas patuh syariah

Saiman, Muhamad Zuhaili and Abdul Aziz, Azhar and Jaafar, Ahmad Jamil (2026) Sharia_Must: aplikasi audit kendiri produk emas patuh syariah. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 435-439.
Abstract

Sharia_Must: Aplikasi Audit Mini Produk Emas Patuh Syariah merupakan satu inovasi digital yang direka untuk membantu pengguna menilai tahap kepatuhan Syariah dalam urus niaga dan simpanan emas secara mudah dan sistematik. Dalam pasaran semasa, produk emas seperti pelaburan emas fizikal, emas digital, skim simpanan emas dan pajakan emas semakin berkembang, namun ramai pengguna masih kurang jelas tentang status patuh Syariah produk yang mereka gunakan. Aplikasi ini berfungsi sebagai alat pendidikan interaktif, menggunakan senarai semak berdasarkan prinsip asas muamalat berkaitan emas, termasuk pemilikan sebenar, kejelasan akad, tiada unsur riba dan gharar, serta struktur transaksi yang telus. Pengguna menjawab soalan semakan dan sistem menjana skor kepatuhan serta menyediakan analisis ringkas beserta cadangan penambahbaikan. Produk ini bukan bertujuan menggantikan audit profesional, tetapi memberi kesedaran awal dan membentuk pemikiran kritis dalam menilai produk emas. Inovasi ini meningkatkan literasi kewangan Islam, membantu masyarakat memahami struktur pelaburan emas, serta membezakan antara produk patuh dan tidak patuh. Dengan pendekatan interaktif dan visual yang menarik, aplikasi ini berpotensi digunakan dalam kursus Muamalat, program literasi kewangan, serta latihan industri, sekaligus menyokong pembangunan masyarakat celik Syariah dan bijak mengurus pelaburan emas.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146533.pdf]
Text
146533.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics