Transformasi dan perkembangan platform Over-the-Top (OTT) dalam industri kreatif di Malaysia

Shamsul Nahar, Anis Syazwina and Abu Bakar, Mohd Syuhaidi (2026) Transformasi dan perkembangan platform Over-the-Top (OTT) dalam industri kreatif di Malaysia. Forum Komunikasi (FK), 20 (1): 5. pp. 97-121. ISSN 0128-2379 (e-ISNN)
Abstract

Penggunaan platform Over-The-Top (OTT) semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Platform OTT menyediakan kandungan yang fleksibel dan membolehkan rakyat menonton kandungan kreatif pilihan mereka pada bila-bila masa. Kajian ini dijalankan bagi meneroka transformasi dan perkembangan platform OTT dalam industri kreatif di Malaysia. Dalam pemilihan informan, teknik persampelan bertujuan telah digunakan. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang informan daripada kategori umur 20-an sehingga 50-an yang merupakan pengguna platform OTT di Malaysia. Dapatan kajian memperlihatkan beberapa transformasi dan perkembangan platform OTT dalam industri kreatif di negara ini. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan literatur berkaitan media kreatif digital, terutamanya penggunaan platform OTT di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146528.pdf]
Text
146528.pdf
Download (288kB)
Indexing & Metrics