Whirl-o-tron penerokaan visual model atom Bohr melalui pembelajaran interaktif

Mat Saad, Siti Nor Hafiza and Mazait, Siti Muti’ah and Jaffaar, Roslina and Zainol, Dara Hatira (2026) Whirl-o-tron penerokaan visual model atom Bohr melalui pembelajaran interaktif. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 421-426.
Abstract

Spesifikasi Kurikulum Kimia Program Matrikulasi Sains memerlukan pelajar menghuraikan postulat atom Bohr beserta pengiraan berkaitan. Topik ini penting kerana merupakan soalan wajib dalam peperiksaan akhir yang menyumbang 10 markah. Namun, pelajar sering menghadapi kesukaran memahami pergerakan elektron antara aras tenaga, sekaligus tidak dapat mengaitkannya dengan tenaga, frekuensi dan panjang gelombang yang berkaitan. Kekeliruan ini menyebabkan kesukaran dalam menyelesaikan soalan berangka dengan tepat. Kajian ini bertujuan membantu meningkatkan keupayaan pelajar menghuraikan (memahami, menerangkan dan mengingat) postulat atom Bohr serta menjawab soalan berkaitan melalui penggunaan alat pembelajaran interaktif. Intervensi yang digunakan ialah Whirl-O-Tron sebagai alat bantu mengajar (kit dan model) serta simulasi digital Canva Ai untuk membantu visualisasi peralihan elektron dan pengiraan yang terlibat. Kajian dijalankan ke atas 20 pelajar kelas S3K3T1. Analisis menunjukkan peningkatan peratusan dan min pencapaian pelajar dengan markah melebihi 4/10 semasa ujian pra (15%, min 2.45) dan ujian pasca (90%, min 7.90). Peningkatan yang tinggi menunjukkan penambahbaikan yang ketara dalam pemahaman konsep pelajar serta keupayaan mereka mengaplikasikan postulat atom Bohr dengan berkesan. Pelajar juga dapat menerangkan konsep atom Bohr dengan betul semasa pembentangan dijalankan. Tinjauan mendapati 100% pelajar bersetuju bahawa Whirl-O-Tron membantu mereka memahami konsep dengan lebih mudah melalui pembelajaran visualisasi interaktif. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan penguasaan topik, malah menggalakkan pembelajaran aktif. Semua pelajar bersetuju inovasi ini sesuai diperluaskan kepada pelajar lain di kolej matrikulasi, asasi, Tingkatan 6 dan diploma. Kesimpulannya, alat interaktif ini berjaya menukarkan model atom Bohr daripada teori abstrak kepada pengalaman pembelajaran yang konkrit dan menarik, seterusnya menyumbang kepada pencapaian peperiksaan yang lebih baik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146523.pdf]
Text
146523.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics