BioSpark: Modul gamifikasi Biodiversiti sebagai alat pembelajaran kreatif untuk impak ialah aktiviti berobjektifkan inovasi pendidikan Biologi yang menekankan penghasilan alat bantu mengajar berbentuk gamifikasi oleh pelajar. Pendekatan ini mengatasi kelemahan sistem pengajaran tradisional yang berpusatkan pensyarah dengan menyediakan platform dinamik untuk inovasi. Untuk meningkatkan penglibatan dan memberikan pengalaman pembelajaran yang aktif, pelbagai alat gamifikasi dalam kursus Biologi telah diperkenalkan kepada pelajar program asasi di Universiti Putra Malaysia. Strategi yang digunakan termasuk model interaktif, permainan pendidikan dan platform digital yang bertemakan biodiversiti. BioSpark dibangunkan dengan ciri seperti cabaran, ganjaran dan simulasi bagi menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Di samping menghubungkan teori biodiversiti dengan aplikasi dunia sebenar. Kesan kaedah ini dinilai melalui data prestasi akademik dan tinjauan pelajar. Pengenalan strategi pengajaran berasaskan gamifikasi menghasilkan keputusan yang sangat positif. Ia meningkakan pemahaman terhadap topik, keberkesanan BioSpark sebagai alat pembelajaran, penyampaian dan komunikasi, reka bentuk visual, tahap penglibatan, kreativiti, dan keaslian modul ini. Selain itu, terdapat peningkatan jelas dalam prestasi akademik, dengan purata gred yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Kesimpulannya, penggunaan kaedah BioSpark telah memberi kesan positif terhadap prestasi akademik pelajar. Di samping itu, ia juga membuktikan pendekatan inkuiri dan reka bentuk inovatif mampu meningkatkan kreativiti, komunikasi saintifik dan pemahaman pelajar.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ishak, Nur Akmal nur_akmal@upm.edu.my Azaman, Siti Nor Ani UNSPECIFIED Bahrin, Ezyana Kamal UNSPECIFIED Hassan, Nadiatul Hafiza UNSPECIFIED Ahmad Kamarudin, Nor Hafizah UNSPECIFIED Jali, Azman UNSPECIFIED |
| Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental education. Study and teaching. Research Q Science > Q Science (General) > Study and teaching |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 416-421 |
| Keywords: | Alat bantu mengajar, Gamifikasi, Inovasi, Interaktif, STEM, Teknologi digital |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146521 |
146521.pdf
