Lawatan kerja PTAR ke Jabatan Penerangan Malaysia

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2015) Lawatan kerja PTAR ke Jabatan Penerangan Malaysia. pp. 1-8.
Abstract

Pada 15 April 2015 bersamaan hari Rabu yang lalu, 6 orang delegasi dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Sumber Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia PutraJaya. Lawatan yang diketuai oleh En. Jamalludin Sulaiman ( Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) ini turut disertai oleh Puan Nor Azwani Mohamad (Pustakawan), En Mohd Izwan Salim (Pustakawan), En Mohd Hazrul Hussin (Pustakawan), Puan Rostinah (Jurufoto kanan) serta Cik Ain Munirah (Pembantu Perpustakaan). Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat Pengurusan dan pemuliharaan foto di Pusat Sumber Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia PutraJaya sebelum PTAR menjalankan aktiviti tersebut di Unit Penerbitan. Selain daripada itu. wakil dari PTAR juga diberikan keterangan mengenai fungsi Unit Fotografi, Unit Pusat Sumber Tan Sri Mubin Sheppard dan Unit Perpustakaan Foto di Jabatan tersebut. Ternyata banyak informasi berguna dan manfaat boleh digunapakai oleh PTAR dalam pelaksanaan Galeri foto pada tahun 2015 ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146506.pdf]
Text
146506.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics