21 Januari 2024 | 21 Rejab 1446H Alhamdullilah, Ketua Pustakawan berpeluang mengunjungi tokoh yang disegani pagi tadi di kediaman beliau di Shah Alam. Adab yang muda untuk menghormati insan yang berjuang untuk peradaban bangsa. Kami bawakan hasrat untuk mendapatkan koleksi peribadi, cerita dan berkongsi pengalaman beliau sepanjang perkhidmatan di ITM untuk pembangunan koleksi Perpustakaan. Kagum melihat kesungguhan beliau bercerita bersama rakan-rakan seperjuangan pada ketika itu mengenai sejarah ITM. Saya percaya kepada nilai ilmu yang bermakna datang dari keikhlasan. Tutur bicara beliau kerap kali menyebut perjuangan memartabatkan bangsa dan negara serta kepentingan pendidikan. Insya-Allah, kami akan menjaga amanah yang diberi untuk memelihara sejarah dan nilai untuk rujukan warga UiTM
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-6 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM, YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Ahmad bin Zainuddin, PTAR |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | January 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146494 |
146494.pdf
