Pembangunan aplikasi eReport V1 bermula pada tahun 2021, dengan Kursus STM3044 (Projek) yang merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar Program Sijil Teknologi Maklumat pada semester ketiga. Pada ketika itu, objektif inovasi ini termasuk menawarkan alternatif untuk penyampaian PdP dalam tempoh PKP dan menyokong teknologi hijau dalam pelaporan perkembangan pembangunan projek akhir melalui Buku Log atas talian melalui aplikasi Google Form. Aplikasi ini telah dipertingkatkan (eReport V2.0) pada tahun 2024 dengan menambahbaik modul pelaporan Buku Log secara atas talian yang dipanggil Sistem Pengurusan Laporan Log Projek (MyProgLog). Pelajar yang mengambil subjek STM30294 (Project) menggunakan modul ini untuk melaporkan gerak kerja dan status projek terkini mereka dengan lebih sistematik. MyProjLog ini membolehkan pelajar dan pensyarah kursus dalam berinteraksi dengan pelaporan status projek terkini, serta komen dan cadangan daripada pensyarah setiap minggu mengenai projek. Aplikasi eReport V2.0 dibangunkan melalui penggabungan aplikasi median.co dan Google Sites, yang kemudian diintergasikan bersama MyProjLog, di mana pembangunan MyProjLog ini menggunakan bahasa pengaturcaraan PhP dan MySQL. Selain itu, pendekatan model ADDIE digunakan untuk membangunkan aplikasi ini. Aplikasi eReport V2.0 ini boleh dimuat turun menerusi Google Playstore ke telefon pintar android. Secara keseluruhan, penggunaan aplikasi ini mampu meningkatkan kualiti PdP mengikut kemajuan teknologi global, IR4.0 dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baik untuk pensyarah dan pelajar.
| Item Type: | Book Section |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Mustafa, Noorashikin UNSPECIFIED Tawyer, Haslina UNSPECIFIED Maaman, Irma UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Student guidance and counseling. Personnel service. General works L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Johor > Pasir Gudang Campus > Academy of Language Studies |
| Event Title: | Pioneering Educational Perspectives: Series 2025 |
| Volume: | 1 |
| Page Range: | pp. 164-167 |
| Keywords: | eReport V2.0, Sistem pengurusan laporan log projek (MyProjLog), STM30294, Aplikasi mudah alih |
| Date: | 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146487 |
146487.pdf
