Kit pemetaan tindak balas alkena

Zainal Abidin, Nurul Nadia (2026) Kit pemetaan tindak balas alkena. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 394-403.
Abstract

Topik tindak balas alkena merupakan salah satu topik dalam kimia organik yang sering dianggap sukar oleh pelajar kerana melibatkan pelbagai reagen, kondisi dan produk yang perlu difahami secara serentak. Pelajar cenderung menghafal tanpa memahami hubungan antara komponen tersebut, sekali gus menjejaskan penguasaan konsep. Kajian ini bertujuan membangunkan Kit Pemetaan Tindak Balas Alkena sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu pelajar memahami hubungan antara alkena, reagen, kondisi dan produk secara sistematik. Kit ini direka berasaskan pendekatan pemetaan konsep, pembelajaran aktif dan gamifikasi bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Metodologi kajian melibatkan fasa pembangunan kit serta perancangan pelaksanaan aktiviti pemetaan secara individu dan kolaboratif. Pelajar akan memadankan komponen tindak balas dan seterusnya meramalkan produk melalui aktiviti yang berstruktur. Dapatan kajian masih belum diperoleh kerana inovasi ini berada pada fasa pembangunan. Walau bagaimanapun, kit ini dijangka dapat meningkatkan kefahaman pelajar serta mengurangkan kebergantungan kepada hafalan semata-mata. Kesimpulannya, Kit Pemetaan Tindak Balas Alkena berpotensi meningkatkan kualiti pembelajaran kimia organik serta menyokong pembelajaran berpusatkan pelajar. Inovasi ini juga berpotensi untuk dikomersialkan sebagai bahan bantu mengajar dan selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4), iaitu Pendidikan Berkualiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146471.pdf]
Text
146471.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics