Pada 6 Mei 2025, Ketua Pustakawan dijemput menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pembangunan Repositori MIMA Digital Collection yang berlangsung di pejabat MIMA. Satu momen bersejarah apabila projek ini secara rasmi disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohamed Suffian Awang, Pengerusi MIMA — yang juga merupakan Alumni ITM (kini UiTM) dalam bidang Pentadbiran Awam, Undang-Undang dan Diploma Lanjutan Undang-Undang antara tahun 1989 hingga 1995. Penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada pihak PTAR amat kami hargai, dan ia menjadi simbol kepada satu bentuk kerjasama strategik antara MIMA dan UiTM, khususnya Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), dalam usaha mendigitalkan dan memelihara khazanah maritim negara. Pihak PTAR komited untuk terus menyokong inisiatif digital dan akan mengaturkan sesi kolaborasi yang lebih berimpak pada masa akan datang bersama YBhg. Dato’ Pengerusi dan pihak MIMA. Semoga kerjasama ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi ilmu yang memberi manfaat kepada negara
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | PTAR, UiTM, Digital |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | May 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146467 |
146467.pdf
