Shah Alam, 10 Julai 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik bersama komuniti akademik melalui penganjuran sesi Meet & Greet bersama Fakulti Undang-Undang (FUU), UiTM Shah Alam. Program ini bertujuan merapatkan hubungan, menyelaras sokongan perkhidmatan maklumat, serta menyantuni keperluan penyelidikan dan pembelajaran warga fakulti secara lebih dekat. Sesi tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat 2 Fakulti Undang-Undang dan diselaraskan oleh Ketua Perpustakaan Fakulti, Puan Masnida Hanim Che Mahmood. Delegasi PTAR seramai lima orang diketuai oleh Encik Ismail Abidin, Ketua Unit Perkhidmatan Pelanggan PTAR, mewakili Pengarah Bahagian Perkhidmatan PTAR. Turut hadir memberikan sokongan ialah barisan pengurusan tertinggi fakulti, termasuk Dekan Fakulti Undang-Undang, Prof. Madya Dr. Nur Ezan Rahmat; Timbalan-Timbalan Dekan; Ketua Penasihat Undang-Undang; para pensyarah dan pentadbir FUU.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | PTAR, Fakulti Undang-Undang, UiTM |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | July 2025 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146465 |
146465.pdf
