Hampir lima dekad berlalu, namun kenangan sebagai mahasiswa tetap segar dalam ingatan. Sembilan orang Alumni Diploma Pentadbiran Awam ITM Ambilan Julai 1974 – Julai 1977 kembali menjejakkan kaki ke kampus UiTM Shah Alam menerusi Program Sireh Pulang ke Gagang, anjuran bersama Jabatan Perpustakaan UiTM dan Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN) UiTM. Kegembiraan dan keterujaan jelas terpancar apabila mereka kembali ke kampus yang ditinggalkan sekitar 50 tahun lalu ketika institusi ini masih dikenali sebagai Institut Teknologi MARA (ITM). Kepulangan tersebut bukan sekadar lawatan, tetapi sebuah perjalanan menyusuri memori, mengenang persahabatan dan mengimbau pengalaman yang pernah mencorakkan kehidupan mereka. Para alumni turut melahirkan rasa terharu atas sambutan mesra serta layanan penuh penghargaan yang diberikan oleh pihak UiTM. Walaupun landskap kampus telah banyak berubah, ikatan mereka dengan universiti tercinta kekal utuh selaras dengan semangat “Sahabat Sejati, Kenangan Abadi.” Program ini turut menyaksikan penyerahan buku Pasir Mas: Memories and Experiences serta fail dan rekod alumni kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk dipelihara sebagai sebahagian daripada khazanah sejarah institusi
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | UiTM, Alumni UiTM, PTAR |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | July 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146458 |
146458.pdf
