Menyantuni Syamsul Debat: alumni UiTM kembali ke rumah ilmu

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2025) Menyantuni Syamsul Debat: alumni UiTM kembali ke rumah ilmu. pp. 1-5.
Abstract

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam berbesar hati menerima kunjungan tokoh penceramah motivasi terkenal negara, Tuan Syamsul Amri Ismail, atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat (SD), pada hari ini. Kehadiran beliau disambut secara mesra oleh Ketua Pustakawan UiTM, bersama-sama warga perpustakaan. Apa yang lebih membanggakan, beliau merupakan alumni Fakulti Undang-Undang UiTM, graduan tahun 2000. Kunjungan ini bukan sahaja mencerminkan penghargaan beliau terhadap institusi ilmu yang pernah mendidiknya, bahkan turut memperkukuh hubungan strategik antara alumni dan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan sejarah universiti. Dalam lawatan penuh makna ini, beliau turut berkesempatan menelusuri kembali sejarah akademiknya apabila diserahkan semula Fail Peribadi Pelajar beliau oleh Puan Siti Salwa A. Rahma, Pustakawan dari Bahagian Arkib Universiti (BARU). Detik tersebut menjadi simbol penghargaan terhadap memori akademik dan rekod yang diurus secara sistematik oleh perpustakaan sebagai penjaga warisan institusi

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146420.pdf]
Text
146420.pdf
Download (864kB)
Indexing & Metrics