Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pemeliharaan ilmu, warisan dan sejarah institusi menerusi penerimaan sebuah penerbitan bersejarah bertajuk “Perjalanan Dato’ Muda Linggi Haji Mohamad Basri”. Penerbitan istimewa ini telah diserahkan oleh waris beliau, Tuan Azizol Mohamad Basri, kepada PTAR UiTM Shah Alam sebagai satu usaha murni dalam memastikan sejarah perjuangan pendidikan generasi terdahulu terus dipelihara dan diwariskan kepada masyarakat serta warga UiTM.Naskhah tersebut merakamkan perjalanan kehidupan Dato’ Muda Linggi Haji Mohamad Basri yang merupakan antara kumpulan pelajar terawal pra-penubuhan Dewan Latehan RIDA sekitar tahun 1955 hingga 1957. Lebih bermakna, beliau juga merupakan antara lulusan terawal tajaan RIDA yang berjaya memperoleh London Chamber of Commerce Higher Certificate, satu pencapaian besar dalam landskap pendidikan Melayu pada era tersebut.Majlis penyerahan penerbitan bersejarah ini telah diterima oleh Puan Aznur Umiza Abu Kassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Perpustakaan, mewakili YBrs. Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan, Ketua Pustakawan UiTM
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) |
| Page Range: | pp. 1-5 |
| Related URLs: | |
| Keywords: | RIDA, PTAR, UiTM |
| Collections: | Blog Perpustakaan UiTM |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146398 |
146398.pdf
