Khazanah MassComm diserahkan: meraikan legasi, menyulam sejarah

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2025) Khazanah MassComm diserahkan: meraikan legasi, menyulam sejarah. pp. 1-5.
Abstract

Dalam satu detik bersejarah yang menyentuh jiwa warga akademia, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (MassComm) UiTM telah melakar satu langkah besar dalam usaha memelihara warisan institusi. Hari ini, Dekan fakulti, Profesor Madya Dr. Abd. Rasid Bin Abd. Rahman, dengan penuh simbolik dan semangat kesarjanaan, telah menyerahkan koleksi penting rekod rasmi fakulti kepada Bahagian Arkib Universiti (BARU). Antara khazanah yang diserahkan termasuk dokumen-dokumen asal Institut Teknologi MARA (ITM), sijil-sijil akademik, koleksi gambar kenangan, dan fail-fail sejarah yang menyimpan pelbagai memori dan maklumat kritikal – semuanya mencerminkan perjalanan panjang Fakulti MassComm sebagai peneraju pendidikan komunikasi dan media massa negara.Rekod-rekod ini bukan sekadar helaian kertas atau kepingan foto; ia adalah saksi bisu kepada transformasi institusi dibina oleh tenaga pensyarah, dikayakan oleh pengalaman pelajar, dipimpin oleh para pentadbir, dan dikenang oleh alumni. Setiap helaian menyimpan cerita, setiap gambar menyuarakan legasi, dan setiap fail menandakan jejak langkah kecemerlangan akademik yang berterusan

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146394.pdf]
Text
146394.pdf
Download (872kB)
Indexing & Metrics
Download Statistics