Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menjadi platform penting dalam mencungkil bakat serta kreativiti murid dalam bidang robotik, teknologi dan STEM. Pertandingan ini akan berlangsung pada 11 hingga 12 Ogos 2026, Selasa dan Rabu, bertempat di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka Kampus Jasin. Program ini menghimpunkan ratusan peserta muda dari seluruh negeri Melaka dalam suasana pertandingan yang kompetitif dan penuh semangat. Penganjuran NRC 2026 Peringkat Negeri Melaka merupakan hasil kerjasama UITM Cawangan Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka serta Sasbadi Holdings Berhad. Kerjasama strategik ini memperlihatkan komitmen pelbagai pihak dalam memperkukuh pendidikan STEM serta memberikan pendedahan kepada generasi muda terhadap teknologi robotik yang semakin penting dalam dunia masa kini.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Paijau, Mohd Padzliee UNSPECIFIED |
| Subjects: | A General Works > AP Periodicals > Malaysian newspapers T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Miniature craft |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Jasin Campus > Faculty of Computer and Mathematical Sciences |
| Keywords: | Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) 2026,Pendidikan STEM,Teknologi Robotik. |
| Date: | 11 August 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146377 |
146377.pdf
