Pertumbuhan pelajar dalam program Asasi STEM menunjukkan peningkatan melebihi 25% setahun sepanjang tempoh tujuh tahun (2018–2025). Walaupun perkembangan ini menunjukkan peningkatan minat terhadap bidang sains dan teknologi, lonjakan yang pesat turut memberi tekanan kepada sistem pentadbiran, kapasiti sumber, dan kualiti penyampaian akademik. Kajian ini bertujuan menilai peralihan daripada pendekatan pentadbiran konvensional yang bersifat reaktif kepada pendekatan tadbir urus pintar berasaskan data dan ramalan strategik bagi menyokong pengoptimuman sumber institusi. Kajian kes dijalankan melalui analisis data enrolmen pelajar, nisbah pelajar-staf, kapasiti makmal, serta perancangan jadual akademik sepanjang tempoh kajian. Kadar pertumbuhan tahunan dikira dan satu model ramalan ringkas dibangunkan bagi mengunjurkan keperluan sumber masa hadapan serta menyokong pengagihan sumber yang lebih cekap dan sistematik.Dapatan kajian menunjukkan peningkatan enrolmen daripada 60 pelajar kepada 462 pelajar sepanjang tempoh kajian. Pendekatan pentadbiran konvensional didapati kurang responsif terhadap pertumbuhan pesat ini. Sebaliknya, pendekatan tadbir urus pintar membolehkan institusi mengoptimumkan penggunaan kapasiti makmal, menyusun jadual akademik secara lebih strategik, serta memanfaatkan sumber tenaga kerja secara lebih efektif tanpa menjejaskan kualiti pengajaran. Kajian ini mencadangkan satu kerangka pengurusan berasaskan data yang boleh membantu institusi pendidikan mengurus pertumbuhan pelajar secara mampan, cekap, dan berkualiti.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Norizan norizanismail@umt.edu.my Ibrahim, Mohd Rodila UNSPECIFIED Anuar@Mohd Anuar, Ahmad Suffian UNSPECIFIED A Rahman, Kasmawati UNSPECIFIED Abdulahlim, Siti Munirah UNSPECIFIED Muda@Mohd, Nurhashimah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research Q Science > Q Science (General) > Study and teaching |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 384-390 |
| Keywords: | Tadbir urus pintar, Pengoptimuman sumber, Perancangan berasaskan data |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146364 |
146364.pdf
