SUNGAI PETANI – Persidangan Antarabangsa Industri Reka Bentuk dan Budaya Kreatif 2019 (International Conference on Design Industries and Creative Culture DECODED 2019) telah dianjurkan pada 19 dan 20 Jun 2019 bertempat di Kompleks Pelancongan Paya Bakau, Sungai Merbok, Merbok, Kedah. Persidangan ini yang julung kalinya dianjurkan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta seramai 56 orang membabitkan peserta dalam negara dan luar negara seperti Thailand dan Amerika. Persidangan yang dianjurkan oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Kedah ini bersama rakan strategik Suan Sunandha Rajabhat University, Bangkok, Thailand merupakan salah satu hasil kolaborasi MOU dalam kerjasama penganjuran persidangan akademik bertaraf antarabangsa. Program ini disokong oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Kedah, Yang Berusaha Dr Abdul Majeed Hj Ahmad yang mana merupakan salah satu inisiatif Unit HEA menggalakkan setiap fakulti menganjurkan persidangan antarabangsa sebagai platform kesarjanaan staf akademik dalam bidang masing-masing. Persidangan ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Rektor UiTM Cawangan Kedah, Prof. Madya Dr Shaiful Anuar Khalid dan ucaptama oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr Hariri Ahmad selaku Pengarah Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM). Bersesuaian dengan tema persidangan kali ini iaitu ‘Pemikiran Reka Bentuk sebagai Satu Komoditi’, pengucaptama menekankan tentang keperluan bidang Reka Bentuk dalam kehidupan dan peranannya kepada masyarakat secara amnya. Pengerusi persidangan, Dr Azhari Md Hashim menyatakan tujuan persidangan ini adalah untuk menyediakan platform kepada ahli-ahli akademik, golongan penyelidik dan sarjana dan penggiat industri untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara langsung dalam menyuarakan pendapat, dapatan penyelidikan dan juga pandangan dari sudut kepakaran bidang masing-masing yang membabitkan industri reka bentuk dan budaya kreatif. Persidangan ini dapat mewujudkan rangkaian ahli akademik dan pakar rujuk dalam bidang reka bentuk dan budaya kreatif dari seluruh negara untuk berkongsi ilmu dan platform penerbitan berimpak tinggi. Hasil persidangan ini diterbitkan melalui e-proceeding dan juga edisi Voice of Academia VOA, terbitan UiTM Cawangan Kedah. Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini berjalan dengan lancar walaupun cuaca sedikit hujan di hari kedua mengikut jadual dan di tampilkan juga promosi pakej pelancongan kepada peserta dengan menaiki bot menyusuri Sungai Merbok sambil menikmati keindahan flora dan fauna hutan paya bakau. Rata-rata peserta persidangan berpuas hati dengan lokasi dan juga suasana persidangan secara umum dan berpuas hati dengan sajian makanan dan minuman yang disajikan oleh penyaji persidangan. Ahli jawatankuasa persidangan menzahirkan ucapan terima kasih atas penglibatan semua peserta dan memutuskan penganjuran persidangan ini setiap dua tahun sekali di lokasi yang berasingan mengikut kesesuaian. Diharapkan penglibatan peserta akan bertambah dan persidangan ini menjadi sebagai salah satu persidangan yang ditunggu-tunggu untuk disertai oleh para peserta.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Md Hashim, Azhari azhari033@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Mohamed Salim, Neesa Ameera neesa@uitm.edu.my |
| Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | DECODED 2019 international conference, Design Industries and Creative Culture conference |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146358 |
146358.pdf
