Buat julung kalinya Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah telah menganjurkan pertandingan Seni Visual Kontemporari Catan & Arca bertemakan ‘Rupa Peristiwa 2018’ sempena dengan Program Pameran Seni Budaya 2019 yang telah berlangsung pada 10 Mac 2019 di Dewan Perdana UiTM Cawangan Kedah. Pertandingan ini telah berlangsung dari 15Oktober 2018- 31 Januari 2019 dan seramai 66 peserta dari pelbagai lapisan telah menyertainya. Bertemakan ‘Rupa Peristiwa’ peserta pertandingan perlu mentafsirkan ekspresi tema yang memaparkan kekayaan dan keunikan sejarah Kawasan Kuala Muda Kedah dan dua kategori telah dipertandingkan iaitu catan dan arca. Lima kategori hadiah wang tunai telah disediakan bagi setiap kategori iaitu saguhati RM100, tempat ketiga RM 500, tempat kedua RM700 dan tempat pertama RM1500, manakala hasil karya terbaik keseluruhan iaiu pemenang utama menerima wang tunai berjumlah RM3000 beserta sijil penyertaan. Penyampian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin Raja Muda Kedah pada majlis minum petang Program Seni Budaya 2019. Pemenang Utama Keseluruhan telah dimenangi oleh En. Muhammad Yussof Mat Saad dari Institut Perguruan Jitra dengan hasil karya arca bertajuk ‘Fisherman Warrior’ dan beliau juga telah memenangi tempat pertama bagi kategori arca dengan karya bertajuk ‘Spirit of Sg Petani Clock Tower’. Sementara itu, bagi kategori Catan pula tempat pertama telah dimenangi oleh En. Izzal Khairi Ramli dengan karya yang bertajuk ‘Authentic Warisan Makanan Tradisi@ AT Satay Satay Semeling’ dan karya tersebut mengunakan media cat minyak atas kanvas. Pemenang-pemenang lain adalah seperti Verly Veto Vermol, Muhammad Fariz Luqman Mohamad Zubir, Amirul Aiman Mukminin Ghafar, Nurul Fatimah Muhamed Mukhtar dan Putri Intan Sari Binti Amrizal bagi kategori Catan. Sementara itu, bagi kategori Arca dimenangi oleh Muhammad Khairul Anam Bin Ashaari, Verly Veto Vermol, Mohamad Aizuddin Mohamad Naser, Norfatihah Yusof, Muhammad Fariz Luqman Muhamad Zubir. Pertandingan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat karyawan tempatan dan mencungkil bakat-bakat pelapis baru khususnya dikalangan generasi muda. Inisiatif penganjuran sebegini diharap akan dapat diteruskan oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Cawangan Kedah sebagai acara tahunan kampus.
| Item Type: | Monograph (Bulletin) |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Jamalludin, Nurazlina nurnania@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Khalid, Shaiful Annuar UNSPECIFIED Chief Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Mohamed Salim, Neesa Ameera neesa@uitm.edu.my |
| Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) N Fine Arts > ND Painting > Mural painting > Modern > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
| Journal or Publication Title: | Galeri Seni Merbok UiTM Kedah |
| ISSN: | 2637-028X |
| Keywords: | Rupa Peristiwa 2018 UiTM Kedah, Pameran Seni Budaya 2019 UiTM Kedah, Kuala Muda history in visual art |
| Date: | 2019 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146347 |
146347.pdf
