Lawatan penandaarasan delegasi Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor & Kolokium Sains Informasi Yogyakarta, Indonesia

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2016) Lawatan penandaarasan delegasi Perpustakaan UiTM Cawangan Selangor & Kolokium Sains Informasi Yogyakarta, Indonesia. pp. 1-8.
Abstract

Yogyakarta. 20 Dis 2016.- Forum Indonesia - Malaysia. Kolokium Sains Informasi. Penglibatan pustakawan dari UiTM Cawangan Selangor, UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Perlis. Selain dari kolokium diadakan juga lawatan ke kampus dan perbincangan bersama pustakawan di Universitas Gadjah Mada Yogyakarta, Universitas Islam Indonesia Yogyakarta dan Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta. Penganjuran Lawatan penandaarasan anjuran PTAR UiTM Cawangan Selangor selama 4 hari (18-21 Disember 2016) dapat disimpulkan telah berjaya mencapai objektif pengajurannya dalam menambahbaik sistem pengurusan Universiti yang meliputi aspek sumber manusia, kewangan, fasiliti, ICT dan perpustakaan. Lawatan kerja mewakili UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam ini telah disertai oleh sebelas (11) orang Pegawai UiTM yang terdiri daripada 5 orang Ahli Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE), 1 orang (TKP Kanan), 2 orang Pustakawan Kanan, seorang Pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat serta seorang Pensyarah Fakullti Seni Lukis dan Seni Reka. Terdapat juga penyertaan seorang Pustakawan Kanan dari Perpustakaan Tun Abd Razak Shah Alam, seorang Ketua Timbalan Pendaftar UiTM Shah Alam, seorang TKP Perpustakaan UiTM Cawangan Perlis dan Ketua Pustakawan Universiti Malaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146294.pdf]
Text
146294.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics