Syaitan dalam semua kepercayaan dan agama ialah raja segala kejahatan dan ia juga ketua kepada roh-roh yang jahat. Dalam al-Quran, syaitan dilakarkan melalui kalimah al-syaitan dan direkodkan sebanyak 70 kali frekuensi kekerapan dalam bentuk tunggal. Selain itu, terdapat juga lafaz-lafaz lain berkait dengan syaitan direkodkan dalam al-Quran. Perbincangan tentang lafaz syaitan atau lafaz-lafaz berkaitan telah dibangkitkan secara ilmiah oleh para pengkaji terdahulu dan tradisi tersebut diteruskan hingga kontemporari ini. Perbahasan dari perspektif bahasa Arab terhadap lafaz-lafaz berkaitan dengan syaitan khususnya masih kurang diberikan perhatian kerana terdapat saki-baki lafaz belum dibincangkan. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis teknik retorik lafaz-lafaz berkaitan dengan syaitan dalam al-Quran. Kajian ini kajian kualitatif yang mengaplikasikan reka bentuk analisis tekstual. Al-Quran menjadi korpus utama kajian dan analisis kajian dihuraikan secara deskriptif. Sebanyak empat lafaz yang berkaitan dengan syaitan dikenal pasti dan dianalisis berpandukan disiplin ilmu retorik Arab. Dapatan kajian menunjukkan lafaz-lafaz berkaitan syaitan menyerlahkan teknik-teknik retorik dalam menyampaikan mesej dan dapat diserlahkan melalui teknik nazm, al-hazf wa al-zikr, celaan, penegasan dan uslub al-khabari. Teknikteknik ini dapat membantu para pembaca untuk lebih menghayati serta memahami mesej di sebalik lafaz-lafaz tersebut.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar Zulkepli, Muhamad Khairul mkaz@uitm.edu.my Abd Hamid, Mohd Zulkhairi mzulkhairi@uitm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 425-437 |
| Keywords: | Syaitan, Retorik, Al-Quran, Teknik |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146290 |
146290.pdf
