LexCard merupakan satu inovasi berbentuk permainan kad interaktif untuk membantu pelajar memahami hierarki dan bidang kuasa mahkamah di Malaysia. Objektif utama LexCard adalah untuk memudahkan pemahaman pelajar terhadap struktur mahkamah Malaysia melalui permainan berasaskan senario dan pembelajaran yang interaktif serta menyeronokkan. Metodologi yang digunakan adalah pendekatan pembelajaran berasaskan permainan dan senario, di mana pelajar memadankan kad situasi kes dengan kad mahkamah yang bersesuaian. Pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik melalui laman Google Forms digunakan untuk menilai persepsi pelajar terhadap pembelajaran pasif dan permintaan terhadap kaedah pengajaran yang inovatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar masih menghadapi masalah dalam memahami hierarki dan bidang kuasa mahkamah di Malaysia serta ramai pelajar bersetuju inovasi ini dapat meningkatkan kefahaman mereka. Secara keseluruhannya, dengan kos penghasilan yang rendah dan kebolehgunaan yang tinggi dalam institusi pendidikan, LexCard mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan sebagai bahan bantu mengajar dalam bidang undang-undang.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Mokhlis, Muhammad Firdaus UNSPECIFIED Nurul Hadi, Muhammad Aiman Hafiy ahafiy0705@gmail.com Mohd Najib, Muhammad Anas Asyraaf UNSPECIFIED Saiful Ali, Muhammad Fithri UNSPECIFIED Abdul Manap, Muhammad Qayyum UNSPECIFIED Ezlan, Muhammad Badrul Amin UNSPECIFIED |
| Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Comparative law. International uniform Law > Courts. Procedure > Court organization and procedure L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 348-352 |
| Keywords: | LexCard, Hierarki, Mahkamah, Bidang kuasa, Interaktif |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146278 |
146278.pdf
