Eco-TheraShred

Ahmad Suhaili, Alisha Zahra and Zairi, Nurul Aida Hidayah and Faizul, Nur Alya Dania and Mohamad Nor, Siti Maisarah (2026) Eco-TheraShred. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 336-339.
Abstract

Eco-TheraShred merupakan sebuah inovasi mesin pencincang masalah yang menggabungkan teknik penulisan ekspresif dengan kelestarian alam sekitar melalui penggunaan kertas benih. Masalah utama yang telah kami kenal pasti ialah kecenderungan individu memendam stres yang membawa kepada kegelisahan, lambakan sisa kertas universiti yang tidak dimanfaatkan, serta kekurangan sentuhan fizikal dalam solusi kesihatan mental digital sedia ada. Tambhaan pula. objektif projek ini adalah untuk menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 3 melalui pengurangan tekanan emosi individu serta mempromosikan kelestarian sisa melalui SDG 12.dan menyediakan kaedah pengurusan emosi yang sihat . Metodologi penggunaan melibatkan penulisan luahan emosi pada kertas benih, proses penghancuran fizikal menggunakan mesin pencincang manual yang dilengkapi melodi kotak muzik, dan seterusnya menyiram sisa kertas tersebut untuk menumbuhkan tumbuhan. Dapatan menunjukkan bahawa integrasi tiga deria iaitu melalui audio (muzik), kinestetik (pusingan mesin), dan visual (pertumbuhan pokok) dan perkara ini terbukti berkesan dalam membantu otak memproses pengakhiran masalah secara nyata, selaras dengan kajian psikologi Richard Petty. Kesimpulannya, produk ini berupaya dalam menukarkan beban mental kepada elemen kehidupan yang mampu memberikan nilai tambah yang signifikan dalam pelbagai sektor organisasi dan pendidikan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146256.pdf]
Text
146256.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics