Lawatan penanda aras Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) & Unit Perpustakaan IPG, Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak

UiTM Shah Alam, Perpustakaan Tun Abdul Razak (2013) Lawatan penanda aras Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) & Unit Perpustakaan IPG, Kampus Ipoh, Hulu Kinta Perak. pp. 1-6.
Abstract

PTAR berbesar hati menerima tetamu-tetamu dari beberapa institusi sepanjang minggu lepas. Antaranya adalah dari Akreditasi SUG oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT). Panel penilai daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) terdiri daripada Sr. Ahmad Fauzi Nordin (Timbalan Ketua Pengarah JUPEM - Ketua Panel), Sr. Dr. Teng Chee Hua (Pengarah Ukur Kadaster JUPEM), Prof Madya Mohamad Nor Saad (Timbalan Dekan Fakulti Geoinformasi Harta Tanah UTM). Lawatan pada 26 September 2013 yang lalu, jam 2.30 petang telah diiringi oleh beberapa pegawai dari PTAR. Antaranya, Pn.Faridah Talib, Pn.Khasiah Zakaria, Pn.Noormala Maarof, Pn.Mariah Baharudin serta diiringi Prof Madya Dr. Mohd Halmi Kamarudin (Ketua Program Jabatan Sains Ukur Geomatik). Rombongan panel penilai telah dibawa melawat bahan yang berkaitan dengan bidang sains ukur geomatik yang terdapat di PTAR.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146252.pdf]
Text
146252.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics