Strategi pembelajaran bahasa dapat membantu murid untuk meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. Justeru, kajian ini mengkaji strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Dalam kajian ini, pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih 113 orang murid Cina Tahun 5 yang bersekolah di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di daerah Subang Jaya, Selangor sebagai responden kajian. Dapatan kajian ini dianalisis dengan statistik deskriptif dan statistik inferensi menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 26.0. Berdasarkan dapatan kajian, tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam keempat-empat kemahiran bahasa iaitu strategi kemahiran mendengar (μ = 3.34), strategi kemahiran bertutur (μ = 2.73), strategi kemahiran membaca (μ = 3.08) dan strategi kemahiran menulis (μ = 3.29) dalam kalangan murid Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina berdasarkan jantina. Kesimpulannya, guru Bahasa Melayu perlulah menggalakkan murid Cina menggunakan strategi pembelajaran bahasa Melayu agar dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa dengan lebih baik.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Wee, Kee Quan keequanipgkbm@gmail.com Mahamod, Zamri d-zam@ukm.edu.my Nawi, Shamsul Aizuwani shamsulaizuwani@ipgkbm.edu.my |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Mohd Yusof, Nor Azrina yina1437@uitm.edu.my Editor Lee, Chai Chuen lcc76@uitm.edu.my Editor Jamaludin, Juaini juaini@uitm.edu.my Editor Hassan, Normaziana normazianahassan@uitm.edu.my |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies L Education > LB Theory and practice of education > Learning ability |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus |
| Journal or Publication Title: | Technology, Science, Social Science & Humanities International Conference (TeSSHI) 2022 |
| ISSN: | 9789672948339 |
| Page Range: | pp. 385-396 |
| Keywords: | Strategi pembelajaran bahasa Melayu, Murid Cina, Sekolah jenis kebangsaan Cina |
| Date: | 2022 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146246 |
146246.pdf
