Kes kemalangan yang melibatkan kereta terjunam ke dalam air bukan lagi perkara asing di Malaysia. Kes-kes yang berlaku juga bukan sahaja telah menyebabkan kerugian kepada mangsa malahan ada juga yang melibatkan kemalangan jiwa. Situasi ini menunjukkan bahawa perlunya alat yang boleh digunakan untuk menyelamatkan diri dalam waktu emas yang ada tanpa memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan menghasilkan alat kecemasan iaitu pemecah cermin kaca automatik yang boleh digunakan dengan mudah dan cepat bagi meminimumkan kadar kehilangan nyawa. Alat ini direka bentuk seperti sebatang pen bagi memudahkan produk ini dibawa ke mana-mana. Selain itu, alat ini menggunakan bahan tungsten karbida sebagai hujung pemecah cermin kerana sifatnya yang keras dan tahan tekanan tinggi. Tungsten karbida ini juga digabungkan dengan mekanisme spring digunakan bagi mengeluarkan daya yang mencukupi untuk memecahkan kaca. Malahan, alat ini mempunyai fungsi pemotong tali pinggang di satu lagi hujung sebelah pen. Tambahan lagi, alat ini turut mempunyai fungsi SOS automatik yang menghantar isyarat kecemasan kepada talian kecemasan dan juga mempunyai fungsi pendarcahaya yang boleh bercahaya di dalam gelap. Hasil kajian menunjukkan bahawa alat ini berjaya diaktifkan dengan cepat dan efektif tanpa memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi, menjadikannya sesuai digunakan untuk semua golongan termasuk kanak-kanak. Dapat disimpulkan bahawa alat pemecah cermin ini berpotensi tinggi untuk dikomersialkan bagi kegunaan semua pemilik kenderaan persendirian bagi meningkatkan keselamatan mangsa daripada terperangkap dan lemas di dalam kenderaan mereka.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Roslan, Nursyaurah Batrisya UNSPECIFIED Rashidi, Muhammad Danish Hakim UNSPECIFIED Abdullah, Saidatul Shikin UNSPECIFIED Mohd Azaman, Nur Natasya UNSPECIFIED Md Nawi, Ikhwan Naim UNSPECIFIED Zulkifli, Nurkhaizan khaizan2821@uitm.edu.my |
| Subjects: | H Social Sciences > HE Transportation and Communications > Automotive transportation > General special > Traffic accidents. Traffic safety T Technology > TH Building construction > Security systems |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 307-311 |
| Keywords: | Aquascape, Pemecah cermin automatik, Kemalangan jalan raya |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146160 |
146160.pdf
