Gene quest

Mohamad Amir Hamzah, Aainaa Syazwani and Mohd Yunizal, Miftahul Rabi’atul Adawiyah and Mohd Hafiz, Nur Sabrina and Aminuddin, Nurul Inas Syaza and Darussalam, Nor Alyaa (2026) Gene quest. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 303-307.
Abstract

Gene Quest merupakan inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM) interaktif yang dibangunkan untuk mengatasi kekangan pembelajaran teori bioteknologi yang abstrak, khususnya konsep elektroforesis dalam silibus Biologi Tingkatan 4 dan 5. Masalah utama yang dikenal pasti ialah kos peralatan makmal yang tinggi serta ketiadaan akses eksperimen praktikal di sekolah, menyebabkan pelajar sukar memvisualisasikan analisis genetik. Projek ini bertujuan menghasilkan kit Hands-on STEM kos rendah menggunakan bahan harian seperti agar-agar sebagai medium gel dan pisang sebagai sumber ekstraksi DNA. Kit ini turut menggunakan bekalan kuasa terminal blok 2 pin yang lebih stabil berbanding bateri konvensional. Apabila arus elektrik dikenakan, DNA bercas negatif bergerak ke arah elektrod positif, membolehkan visualisasi konsep elektroforesis secara praktikal. Hasil inovasi menunjukkan Gene Quest berjaya merapatkan jurang antara teori dan aplikasi saintifik tanpa memerlukan makmal khusus. Selain menyokong SDG 4 (Pendidikan Berkualiti) dan SDG 9 (Inovasi), produk all-in-one ini berpotensi dikomersialkan untuk sekolah, matrikulasi dan pusat STEM sebagai penyelesaian pembelajaran yang lestari dan mudah akses.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146158.pdf]
Text
146158.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics