Pertanian bandar semakin mendapat perhatian sebagai strategi penting untuk menangani kekangan ruang serta peningkatan kos makanan di kawasan berpenduduk padat. Kajian ini memperkenalkan Nurtura Jardin, iaitu sistem penanaman menegak hibrid yang mengintegrasikan prinsip hidroponik dan aeroponik bagi meningkatkan kecekapan penggunaan air dan nutrien dalam skala domestik. Sistem ini menggunakan sabut kelapa sebagai medium perantara antara kabus nutrien dan akar tanaman, sekali gus meningkatkan kadar penyerapan kelembapan dan nutrien secara optimum. Reka bentuk sistem yang fleksibel membolehkan ia dipasang sama ada secara gantung atau berdiri, menjadikannya sesuai untuk rumah teres dan pangsapuri. Metodologi kajian melibatkan pembangunan prototaip serta kajian persepsi pengguna terhadap penanaman menegak. Dapatan soal selidik melibatkan 38 responden menunjukkan bahawa 65.8% menghadapi kekangan ruang, manakala 73.1% menunjukkan minat terhadap penanaman sistem penanaman secara menegak. Pemerhatian awal terhadap prototaip yang dibangunkan pula menunjukkan sistem ini berpotensi mengingkatkan kecekapan penggunaan air berbanding kaedah konvensional, selaras dengan ciri sistem aeroponik yang membekalkan nutrien secara terus kepada akar dalam bentuk kabus. Walau bagaimanapun, kajian lanjut dengan pengukuran kuantitatif diperlukan bagi menilai secara tepat tahap penjimatan air sistem ini. Secara keseluruhannya, kajian ini menawarkan penyelesaian praktikal, kos efektif dan mesra alam untuk pengeluaran makanan bandar berskala kecil, serta berpotensi untuk dikomersilkan sebagai sistem pertanian pintar domestik.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaimi, Mimi Syazwani mimi.suhaimi@umt.edu.my Mohd Shaffie, Wan Nuraisyah Syaqirah UNSPECIFIED Abd Hamid, Muhammad Azfar Daniel UNSPECIFIED Syahril Azizi, Syahmina Afrina UNSPECIFIED Raju, Medhavani Nooka UNSPECIFIED |
| Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > Agricultural ecology (General) S Agriculture > S Agriculture (General) > Agriculture and the environment |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 275-279 |
| Keywords: | Pertanian bandar, Penanaman menegak, Hidroponik, Aeroponik, Kelestarian makanan |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146138 |
146138.pdf
