Ecolette merupakan sabun herba semula jadi yang dibangunkan sebagai alternatif yang lebih selamat dan mesra alam berbanding sabun komersial. Kebanyakan sabun di pasaran mengandungi bahan kimia seperti triclosan, paraben dan sodium lauryl sulfate (SLS) yang boleh menyebabkan kekeringan, iritasi dan alahan kulit. Produk ini diformulasikan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan serta minyak masak terpakai yang diproses semula bagi mengurangkan pembaziran dan menyokong kelestarian alam sekitar. Ecolette dihasilkan dalam bentuk paper soap, iaitu kepingan sabun nipis seperti kertas yang mudah dibawa dan akan larut apabila terkena air untuk menghasilkan sabun. Pembungkusannya direka dalam bentuk kotak keychain, membolehkan pengguna, khususnya pelajar sekolah, membawanya ke mana-mana dengan mudah. Inovasi ini menjadikan produk lebih praktikal, mesra perjalanan dan sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Chandramogan, Sanjanasri UNSPECIFIED Fakurol Rodzi, Siti Zairyn siti.zairyn@umt.edu.my Narendran, Thivashni UNSPECIFIED Shamsul Anwar, Nur Syahidah UNSPECIFIED Mohd Razal, Nurul Atiqah Syakirah UNSPECIFIED |
| Subjects: | R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Environmental health. Including sewage disposal, air pollution, nuisances, water supply T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Air pollution and its control > Indoor air pollution. Including indoor air quality |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 271-275 |
| Keywords: | Ecolette, Penyelenggaraan udara, Kualiti udara dalaman, Teknologi hijau, Produk mesra alam, Bahan semula jadi |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146135 |
146135.pdf
