Where2UMS

Abdul Marsudi, Qaid Danish Hakimi and Jaslim, Muhammad Firhan and Maluda, Elbner Mark and Christinillus, Caleb and Johan, Joewe Jeffreader and Likoh, Jonathan and Tahir, Asni (2026) Where2UMS. PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book. pp. 262-268.
Abstract

Projek "Where2UMS" membangunkan aplikasi mudah alih navigasi dan penemuan lokasi untuk menangani cabaran penerokaan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang luas dan kaya dengan lokasi tersembunyi. Masalah utama ialah ketiadaan platform berpusat untuk maklumat lokasi tepat dan saluran maklum balas pengguna terhadap kemudahan kampus, yang mengakibatkan pengalaman lawatan kurang memuaskan. Objektif projek adalah membangunkan aplikasi navigasi komprehensif, mengimplementasi sistem ulasan berasaskan lokasi, dan menyediakan data maklum balas kepada pihak pengurusan. Metodologi pembangunan mengaplikasikan Model Air Terjun meliputi pengumpulan keperluan (temu bual), reka bentuk sistem, implementasi menggunakan Flutter serta Firebase, dan pengujian fungsian. Aplikasi mengintegrasikan API OpenStreetMap dan Google Maps untuk pemetaan dan navigasi. Hasil pengujian mengesahkan semua modul utama (pengesahan pengguna, penjanaan rawak lokasi, pengurusan ulasan dan acara) berfungsi dengan baik. Aplikasi ini berjaya meningkatkan pengalaman navigasi warga UMS dan pelancong, di samping merapatkan jurang komunikasi antara komuniti universiti dan pengurusan. Potensi pengkomersialannya adalah signifikan melalui penyesuaian untuk kampus universiti lain di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 146131.pdf]
Text
146131.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics
Download Statistics