Projek ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik konvensional melalui pembangunan satu sistem penjanaan tenaga elektrik alternatif yang memanfaatkan aliran air buangan di longkang. Sistem ini direka untuk dipasang pada longkang tanpa mengganggu aliran air, dengan menggunakan komponen yang kos efektif dan mudah diperoleh seperti wayar penyambung, turbin air, penjana elektrik, bateri boleh dicas semula dan balang kosong. Kaedah pelaksanaan melibatkan reka bentuk dan pemasangan turbin bersaiz kecil yang digerakkan oleh aliran air buangan bagi menghasilkan tenaga elektrik. Tenaga yang dijana disimpan menggunakan sistem bateri untuk menghidupkan lampu pada waktu malam. Ujian prestasi dijalankan bagi menilai jumlah tenaga elektrik yang dihasilkan berdasarkan kadar aliran air buangan. Hasil kajian dapat menghasilkan sumber tenaga boleh diperbaharui yang mesra alam dan praktikal, khususnya untuk kegunaan pencahayaan asas seperti lampu luar dan lampu hiasan. Projek ini berpotensi menjadi satu alternatif tenaga yang menjimatkan kos serta sesuai diaplikasikan di kawasan surau, masjid dan perumahan, di samping menyokong usaha pemuliharaan tenaga dan teknologi hijau.
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Zeman, Mohamad Hafiz Danial Hani hafizdnial21@gmail.com Zakaria, Muhammad Irfan Farhan UNSPECIFIED Muhammad Shaari, Muhammad Airil UNSPECIFIED |
| Subjects: | T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering > Sewage sludge T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Electric power distribution. Electric power transmission |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Dengkil Campus > Centre of Foundation Studies |
| Journal or Publication Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia Extended Abstract Book |
| Event Title: | PITRAM 2026 Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia |
| Event Dates: | 11-12 April 2026 |
| Page Range: | pp. 253-257 |
| Keywords: | Penggunaan semula air buangan, Penjanaan tenaga elektrik, Tenaga boleh baharu, Teknologi hijau, Rawatan sisa cecair, Kelestarian alam sekitar |
| Date: | April 2026 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/146025 |
146025.pdf
